Hong Leong Bank Bhd (HLB) serta Hong Leong Islamic Bank Bhd telah melantik selebriti tempatan popular Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta jenama baharu mereka, bagi mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara pelanggan dan bank.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB Zalman Zainal berkata sebagai duta jenama, kedua-duanya akan membantu bank berhubung dengan pelanggan serta komuniti yang lebih luas, selain mempromosikan produk dan perkhidmatannya secara bermakna.
"Sebagai usahawan yang maju dengan kemampuan sendiri yang berusaha untuk berbakti kepada masyarakat, mereka juga mencerminkan etos berpaksikan komuniti perbankan, dan kami terus menyediakan produk, perkhidmatan serta penyelesaian kewangan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka.
"Kami benar-benar percaya bahawa mereka akan merangkumi sepenuh dan mewakili nilai-nilai HLB untuk dibentangkan kepada khalayak yang lebih meluas," katanya pada majlis itu.
Sementara itu, Lisa Surihani melahirkan kekaguman dengan komitmen HLB untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan perbankan mudah dan lancar melalui platform perbankan digital dan inisiatif inklusiviti.
Manakala, Alif Satar berasa teruja kerana berpeluang mewakili HLB dalam usaha berterusan untuk menjadikan produk serta perkhidmatan kewangannya boleh diakses oleh semua orang, ini amat penting dalam membantu orang ramai mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
- Bernama