Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak nafi Rahim Maarof kena strok, koma di hospital
Diterbitkan:  Apr 3, 2023 1:57 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Anak kedua penyanyi Rahim Maarof tampil menafikan berita bapanya diserang strok serta berada dalam keadaan koma seperti dilaporkan media semalam.

Jasmin Rayhan berkata, bapanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Mac lalu disebabkan penyakit darah tingginya dan menganggap laporan berkaitan sebagai kesilapan judul berita.

“Saya wakil keluarga akan maklumkan dengan lebih tepat keadaan kesihatan bapa saya.

“Bapa saya dimasukkan ke hospital bukan sebab angin ahmar dan berada dalam keadaan koma,” katanya.

Bagaimanapun, Jasmin Rayhan tidak menyalahkan ahli keluarga yang memberikan kenyataan kepada media semalam kerana ketika itu mereka sendiri belum mendapat maklumat terkini daripada doktor.

Pada hantaran sama, Jasmin Rayhan, 29, turut mengucapkan syukur atas keprihatinan peminat yang sama-sama mendoakan kesihatan bapa Rahim.

“Kepada peminat bapa, terima kasih kerana mendoakan. Saya sebagai sebahagian dari keluarga amat hargai sangat.

“Tolong beri kami dan bapa saya ruang sekarang. Semoga bapa saya cepat sembuh,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS