Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lebih 7,000 pekerja Disney diberhentikan minggu ini

Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.

CEO Disney Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat.

Selepas minggu ini, peringkat kedua membabitkan "lebih banyak" pekerja diberhentikan pada April dan peringkat terakhir akan berlaku "sebelum permulaan musim panas" menurut laporan itu.

Iger berkata Disney telah membuat "keputusan sukar" untuk mengurangkan tenaga kerja dan dilihat sebagai "sebahagian daripada penjajaran semula syarikat, termasuk langkah penjimatan kos untuk mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan, diselaraskan dan diperkemas".

Disney mengumumkan penamatan perkhidmatan 7,000 pekerja pada 8 Feb. yang mewakili sekitar 3.2 peratus daripada 220,000 pekerjanya di seluruh dunia.

Syarikat itu menyasarkan penjimatan kos AS$5.5 bilion, termasuk penjimatan kandungan sebanyak AS$3 bilion.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS