Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pengarah dan pelakon Farid Kamil hanya menjawab secara sinis apabila diajukan soalan mengenai saman yang bakal dikemukakan Syamsul Yusof.

Farid berkata, dia ‘tidak mengenali’ siapa pengarah sensasi itu.

“Saya tak kenal siapa dia,” katanya ringkas sambil tersenyum.

Farid ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Terdahulu, Farid membuat kenyataan sehari lepas isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya hingga menyebabkan wanita itu terpaksa keluar rumah sekitar 2020.

Farid mendakwa Syamsul sebelum ini pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tidak berdepan sebarang tindakan undang-undang.

Diana yang disebut Farid dalam Insta Stories itu dipercayai merujuk isterinya, Diana Danielle.

Susulan itu, Syamsul, 38, dalam satu sidang media memaklumkan akan menggunakan saluran undang-undang terhadap Farid.

Pengarah filem Munafik itu juga menyifatkan tindakan Farid sebagai kebudak-budakan.

Diana, 31, sebelum ini pernah menjalin hubungan romantis dengan Syamsul sebelum hubungan mereka terlerai pada penghujung 2008.

Pelakon Hanyut itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS