Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Farid Kamil dakwa Diana Danielle ‘kantoi’ curang

Pelakon Farid Kamil mendakwa punca keretakan rumah tangganya dengan Diana Danielle disebabkan isterinya itu berlaku curang.

Kata Farid, 41, dia mula ‘menghidu’ Diana mempunyai hubungan dengan orang ketiga sejak tahun lalu.

“Saya tak pernah lagi diuji begini. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah beri petunjuk dan hidayah di sini.

“Saya dah cuba pujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.


Baca: 'Itu semua fitnah' - Diana Danielle nafi curang


“Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya dah maklum mengenainya sejak tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah terkantoi baru-baru ini,” katanya ketika di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Justeru, sebagai suami, pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari itu berkata, dia harus mempertahankan rumah tangganya yang dilanda masalah.

“Sebagai suami, kalau boleh saya nak tegakkan undang-undang apabila rumah tangga diganggu. Ini kerana saya rasa sangat tak adil.

“Namun, apabila kita menuntut jawapan daripada dia, perpisahan yang diminta.

“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu,” katanya.

Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi memaklumkan kepada mahkamah berhubung pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Terdahulu, Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana.

Malah pelakon Lagenda Budak Setan itu turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Namun, kedua-dua pemberian Farid itu ditolak oleh isterinya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan Diana, 31, adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Kata Farid, dia masih sayangkan isterinya itu memandangkan wanita itu adalah ibu kepada dua anaknya.

“Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.

“Saya tak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tak dibenarkan.

“Jadi hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,” katanya.

Ditanya sama ada mahu memfailkan nusyuz terhadap Diana, Farid berkata dia sebaliknya menyerahkan perkara itu mengikut budi bicara pihak mahkamah.

“Mahkamah akan putuskan hal itu. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS