Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Saya yakin di pihak benar - Puteri Sarah
Diterbitkan:  Mar 21, 2023 10:00 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Pelakon Puteri Sarah Liyana menyoal tindakan suaminya memfailkan permohonan nusyuz selepas hampir empat tahun berdepan kemelut rumah tangga.

Katanya, tindakan pengarah terkenal itu hari ini membuatkan dirinya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan berkenaan dibuat.

“Saya berasa pelik dan hairan mengenai tuntutan nusyuz ini, seolah-olah saya yang memulakan kemelut rumah tangga ini.

“(Justeru) saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaru ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Syamsul bertindak memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah kerana aktres itu antaranya didakwa masih menghubungi bekas kekasih yang juga berstatus suami orang.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pada 6 Jan lalu, pegarah itu mendedahkan dia sudah bernikah dengan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu, Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya, pelakon veteran, Kazar Saisi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS