Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Diana Danielle mohon bercerai dari Farid Kamil
Diterbitkan:  Mar 20, 2023 2:42 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Pelakon Diana Danielle dilapor telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Permohonan berkenaan difailkan pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu atas alasan tiada lagi persefahaman di antara mereka, selain telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Petaling di Subang Bestari. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada pada 2012 itu dikatakan tidak lagi tinggal serumah.

Susulan itu, lapor Utusan Online, hakim syarie Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses jawatankuasa pendamai (JKP).

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Enam tahun lalu, Diana, 31, pernah mengundang pelbagai spekulasi apabila dia hadir bersama seorang peguam ke sebuah mahkamah syariah.

Namun, ketika itu, pelakon Imaginur berkenaan mengakui masih berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibinanya dengan Farid.

Pernikahan Diana dengan bintang filem Anwar, The Untold Story itu membawa mereka membesarkan sepasang cahaya mata, Muhammad, 9, dan Nur, Aurora, 7 tahun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS