Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
ULASAN l Mampukah Michelle jadi bintang besar jika berseni di Malaysia?

ULASAN l Dalam kegembiraan kita dengan kemenangan artis Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, dalam anugerah Oscar tahun ini, kita juga perlu ikhlas bertanya diri kita sendiri.

Apakah sumbangan kita, atau lebih tepat, sumbangan Malaysia, kepada kecemerlangan beliau?

Ya, kita boleh berbangga mempunyai seorang warganegara yang berbakat, berani dan diiktiraf di peringkat paling tinggi dalam dunia lakonan.

Sedikit pun kita tidak nafikan kecemerlangan beliau dalam peringkat antarabangsa dan sumbangan beliau mengharumkan nama Malaysia.

Gambar Hiasan - Filem Pulau

Cuma, kita janganlah jadi hipokrit atau sekadar menanam tebu di tepi bibir kerana banyak di kalangan kita yang tidak toleransi terhadap kebebasan berseni dan berkarya.

Pada kebelakangan ini, terdapat kecenderungan "memaksa" segala bentuk seni "diserban" dan "dipurdahkan" manakala kelompok lain pula terpelohong mulutnya menonton drama tentang demonisme, masalah rumah tangga dan berebut harta.

Saya katakan Tan Sri Michelle Yeoh ini artist internasional kerana itulah beliau. Bayangkan, kalau beliau memilih berseni dan berkarya di Malaysia saja adakah beliau akan menjadi bintang besar seperti beliau hari ini?

Bukan dunia perfileman kita tidak pernah agung dan berjaya. Run Run Shaw, taikun hiburan tersohor Hong Kong, nampak dan memanfaatkan bakat luar biasa Almarhum P Ramlee. Sampai hari ini, kehebatan seni dan bakat P Ramlee masih menunggu-nunggu pengganti.

Kita bukan kekurangan bakat, tetapi kita terlalu cepat tunduk kepada golongan yang tidak menghargai bakat dan kebebasan berkarya yang suka menghalang dan melarang.

Harap-harap akan muncul banyak lagi Michelle Yeoh dan P Ramlee dalam dunia perfileman negara dan antarabangsa.


A KADIR JASIN ialah Tokoh Wartawan Negara (2011) dan bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times. 

Tulisan ini disiarkan kali pertama di media sosialnya dengan tajuk 

Tahniah dan Terima Kasih Michelle Yeoh. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS