Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Michelle Yeoh wanita Asia pertama genggam Oscar
Diterbitkan:  Mar 13, 2023 11:56 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi wanita Asia pertama merangkul trofi Anugerah Akademi atau Oscar ke-95 di Teater Dolby di Los Angeles hari ini.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan cemerlang sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle berdepan dengan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Filem arahan Daniel Kwan and Daniel Scheinert itu berkisahkan seorang wanita imigran yang penat dan tidak dapat menyelesaikan isu cukai.

Menerusi lakonannya itu, Michelle, 60, turut memenangi beberapa trofi antaranya, Pelakon Wanita Terbaik Muzikal atau Komedi pada Anugerah Golden Globe pertama, awal bulan ini.

Pelakon gandingannya, Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis masing-masing memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. 

Untuk rekod, filem tersebut memenangi tujuh Oscars termasuk untuk Filem Terbaik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS