Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Uqasha Senrose tak sangka ramai sokong watak ‘penyondol’

“Ini dah macam akhir zaman, saya tak sangka begitu banyak netizen yang sokong penyondol,” demikian kata pelakon Uqasha Senrose mengenai watak Eyra yang dilakonkannya dalam Isteri Halal.

Pada awal, Uqasha berkata, memang timbul kebimbangan untuk dia melakonkan watak sebagai wanita penyondol - istilah diguna pakai untuk wanita yang merampas suami orang.

Kata isteri pelakon Kamal Adli itu, dia khuatir watak Eyra yang dilakonkannya itu akan mengundang kecaman.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka selepas drama itu ditayangkan sebanyak 9 episod, ramai pula yang menyokong watak tersebut.

“Saya tahu poligami adalah sunnah namun mengapa hanya itu yang lelaki mahu ikut?

“Bagi saya, salah tetap salah. Tapi apa yang saya katakan ini tidak ditujukan pada sesiapa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Drama yang ditayangkan sejak 27 Feb lalu di Astro Ria turut dibintangi pelakon Isyariana Che Azmi, Aidit Noh dan Nazim Othman.

Ister Halal berkisahkan percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea kerana jurang harta dan kekayaan.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Uqasha Nik Sen itu menjelaskan, Kamal turut mengingatkannya agar menjaga batasan sebagai isteri sekiranya ingin menerima watak Eyra.

Pun begitu, Uqasha, 30, berkata, suaminya itu pernah menyatakan dia tidak akan menonton drama berkenaan apabila ia ditayangkan.

“Ya, kami berdua dah berkahwin, dan suami juga seorang yang memahami kerana kami berdua sama-sama pelakon.

“Kamal memang izinkan saya berlakon tapi dia tetap ingatkan agar saya jaga batasan sebagai isterinya.

“Tapi Kamal ada beritahu yang dia enggan melihat drama saya lakonkan itu,” katanya.

Menurut Uqasha, dia menetapkan beberapa syarat kepada pengarah Uchee Ukada sebelum menerima tawaran untuk menjayakan Isteri Halal.

“Antaranya tidak boleh ada adegan gomol. Selain itu, tiada babak atas katil.

“Tapi kalau setakat duduk di bucu katil, saya rasa adegan itu masih okey lagi untuk saya lakonkan.

“Sekiranya ada adegan tertentu boleh saja gunakan teknik kamera.

“Saya juga minta pengarah untuk potong mana-mana babak tidak sesuai sekiranya terlepas (dah dilakonkan),” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS