Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis siasat filem Mentega Terbang
Diterbitkan:  Mar 6, 2023 9:23 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lapan laporan di seluruh negara dengan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung filem ‘Mentega Terbang’.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komumikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Filem ‘Mentega Terbang’ yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital dibantah umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS