Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ibnor Riza hidap kanser limfoma
Diterbitkan:  Mar 6, 2023 6:11 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza mengesahkan dirinya sedang berjuang melawan kanser limfoma dan bakal menjalani rawatan kimoterapi.

Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu berkata lehernya membengkak sejak beberapa bulan lalu disebabkan kanser yang dihidapi.

“Saya sekarang berada di Hospital Port Dickson (HPD) dan hari ini adalah hari terakhir saya di sini. Saya akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas ini.

“Sebenarnya, saya hidap kanser limfoma dan akan mula membuat rawatan kimoterapi.

“Saya mohon doa kawan-kawan semoga rawatan ini berjaya. Terima kasih.. Assalamualaikum,” katanya.

Ibnor, 62, berkongsi khabar duka itu melalui hantaran berbentuk video yang dimuat naik rakan seperjuangan, penyanyi Salwa Abdul Rahman di Instagram (IG).

Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya pada 19 Feb lalu.

Penyanyi itu juga dilaporkan mengalami komplikasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain.

Dia mendapat tahu mengenai kanser dihidapi selepas melakukan pemeriksaan doktor akibat bengkak dialami.

Berikutan itu, Ibnor tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai penyanyi sekaligus menjejaskan punca pendapatannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS