Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Khairy akui ‘jammed’ lepas kalah PRU15
Diterbitkan:  Feb 15, 2023 12:15 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa dirinya benar-benar ‘jammed’ atau kalut selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Sambil mendedahkan bahawa dia beranggapan mampu menang pada pilihan raya Parlimen di Sungai Buloh itu, katanya kekalahan di tangan calon PH, R Ramanan adalah sesuatu yang tidak dijangkakan.

“Saya ingat menang sebab apabila pergi berkempen, ramai yang ajak ‘selfie’. Rupanya, saya kalah. Menang ‘selfie’ tapi kalah undi.

“Selepas kekalahan November lalu, saya tak tahu nak buat apa… Memang ‘jammed’ sebab fikir masa depan,” katanya semasa memulakan tugas pada hari pertama sebagai penyampai radio, di HotFM, hari ini.

Menerusi segmen Bekpes Hot itu, bekas ketua pemuda Umno itu bergandingan dengan dua penyampai iaitu Johan Raja Lawak dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Slogan ‘Menang ‘selfie’, kalah undi’ itu mengundang tawa besar dan menarik perhatian dua penyampai yang lain itu dan menganggapnya sebagai slogan baharu yang sesuai dipromosikan.

Pada 27 Januari lalu, selain Khairy, Umno turut memecat Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar dan menggantung beberapa pemimpin lain berikutan dakwaan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS