Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hidayah kecewa tak dapat RM60,000, Ali dakwa rumah Abam ditabur garam
Diterbitkan:  Feb 10, 2023 9:10 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali tidak lagi mampu berdiam diri selepas cubaannya untuk mendapatkan ganti rugi RM60,000 daripada adik iparnya seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini gagal.

Justeru, bagi mendapatkan ganti rugi itu daripada Ali Puteh, Nor Hidayah membuat kunjungan ke rumah arwah suami bersama peguam hari ini.

“Pihak di sana tolong buat bayaran RM60,000. Peguam Dayah dah dua kali hantar surat dalam tempoh 21 hari.

“Sekarang kami di rumah tapi tiada siapa yang menyahut atau membuka pintu,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Hidayah mendakwa, kedatangannya itu tidak disambut baik keluarga mentua.

“Tengok ini ada kereta dan motosikal tapi tiada siapa yang jawab salam atau keluar daripada rumah.

“Saya dah satu jam dekat sini,” katanya di Instagram.

Ali Puteh dan tiga anggota keluarganya pada 28 Disember lalu gagal dalam rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan mahkamah sesyen berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar kepada Nor Hidayah kerana memfitnahnya di media sosial, dua tahun sebelum itu.

Kemelut antara Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh tercetus selepas kematian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Lebih mengecewakan, Nor Hidayah mendakwa kediaman arwah kini ibarat hutan kerana dipenuhi semak samun.

“Hari ini 10 Feb 2023, genap tiga tahun arwah tinggalkan kami.

“Abang, sayang datang rumah kita, tapi… korang (kamu) nilaikan sendiri.

“Rumah macam hutan, sedih tengok keadaan rumah,” katanya di Instagram.

Ali Puteh

Sementara itu, Ali atau nama asalnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendakwa, Nor Hidayah berbohong mengenai ketiadaan sesiapa di rumahnya.

“Bohong, kata tak ada orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya,” katanya dipetik Harian Metro.

Ali Puteh melalui satu hantaran video juga mendakwa Nor Hidayah tidak pulang dengan ‘tangan kosong’ selepas membuat kunjungan ke rumahnya.

Sebaliknya, kata Ali Puteh, Nor Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk tujuan tertentu.

“Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video.

“Hari ini, dia (Hidayah) dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini (rumah Abam).

“Rumah ini ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datang kata nak berbincang tapi?” katanya di media sosial.

Ali Puteh pada masa sama juga berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dan bersyukur di tunjukkan bukti berhubung sikap sebenar Nor Hidayah.

“Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS