Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pemuda mohon maaf tuduh Aeril, Wawa ambil upah hasut rakyat
Diterbitkan:  Feb 2, 2023 8:53 PM
Dikemaskini: 12:53 PM

Selepas diugut untuk kena saman, seorang pemuda tampil memohon maaf kepada pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selepas menuduh pasangan terbabit mengambil upah untuk menghasut rakyat menyokong PN.

Katanya, dia terkhilaf kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa memandangkan ramai pempengaruh dikatakan menerima bayaran untuk mempromosi parti gabungan pembangkang itu.

“Saya Azrulfitri Azimi dengan ini memohon maaf atas tuduhan saya ke atas Aeril melalui ciapan pada 1 Feb yang menyatakan bahawa dia dan isteri mendapat bayaran daripda PN untuk mempromosi parti itu di TikTok.

“Sesungguhnya saya khilaf kerana tidak memeriksa betul-betul,” ciapnya.

Dalam kenyataan sama, pemuda itu berkata, dia sudah pun memadamkan ciapan tersebut semalam.

Terdahulu, Azrulftri dalam ciapannya menuduh Aeril dan Wawa dibayar untuk menghasut rakyat dan berbuat demikian demi PN.

“Siapa dominan, siapa tunduk aku tak tahu dan sejujurnya aku tak nak tahu pun. Tapi apa yang pasti, kedua-duanya mengambil upah sebagai pempengaruh hasut rakyat sokong PN,” ciapnya.

Pemuda itu mengiringi rajutan itu dengan berkongsi imej Aeril dan Wawa memakai baju tertera tulisan Perikatan Nasional.

Aeril pula dalam kenyataan balasnya bersumpah dia langsung tidak mengambil sebarang upah seperti didakwa Azrulfitri.

“Fitnah ni. Dah banyak kali aku jawab, tapi kali ini terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambik!!!” ciapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS