Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nad Zainal dah jadi isteri Ungku Ismail
Diterbitkan:  Jan 29, 2023 1:22 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Perkongsian imej dan video berpakaian busana pengantin serentak Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz di Instagram masing-masing sekali gus menamatkan teka-teki berhubung pasangan itu selamat bernikah baru-baru ini.

Pada perkongsian di Instagram Nad Zainal, aktres itu memaparkan momen dahinya dicium dan berpelukan dengan Ungku Ismail selain terdapat imej wang hantaran yang bertulis RM1,000 ringgit.

Turut mengiringi hantaran itu keterangan bertulis: “Alhamdulillah.”

Di ruang keterangan pula bertulis tarikh 23 Januari sempena 1 Rejab lalu selain disertakan nama jurusolek, penata busana, jurukamera dan juruvideo yang kebiasaannya dilakukan bagi pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan.

Sementara itu, pereka busana pasangan berkenaan, Seth & Luna berkata, mereka diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar sepanjang tujuh tahun bersahabat dengan Nad.

Justeru, pada hari ini, mereka gembira untuk mengumumkan bahawa pasangan berkenaan selamat diijab kabul.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru @nad.zainal dan @ungkuismailaziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah.

“Kami sayang mu tau bestie (kawan baik),” kata kenyataan dikongsikan di media sosial sebentar tadi.

Terdahulu, perkongsian klip video memaparkan Nad dan Ungku Ismail berpimpin tangan berjalan di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan dalam Instagram mengundang tanda tanya ramai.

Hubungan pasangan itu mula dihidu ramai apabila Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan Nad yang kritikal ketika mengalami pendarahan paru-paru sebelum ini.

Nad sebelum itu bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin pada tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Sementara itu, pada ruangan komen di Instagram mereka, pasangan berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Fizo Omar, Umi Nazeera, Rozita Che Wan, Eyka Farhana, Azwan Kombos dan Azira Shafinaz.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS