Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syamsul akui sudah nikahi Ira Kazar di Thailand
Diterbitkan:  Jan 6, 2023 5:11 PM
Dikemaskini: Jan 7, 2023 3:44 AM

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan dia sudah bernikah dengan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar, hari ini.

Kata Syamsul dia lega kerana pernikahan yang dijalankan dengan berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi, di Thailand itu dapat menjauhkan dia daripada berterusan difitnah.

“Saya kena letakkan noktah mengenai isu rumah tangga yang tak patut dikongsikan pada media sosial, tapi nak buat macam mana.

“Alhamdulillah, hari ini baru saya betul-betul sah bernikah dengan Ira Kazar. Untuk elakkan fitnah dengan Ira. Sebelum ini apa orang selalu kata, caci makilah, fitnahlah.

“Yang sudah tu, sudahlah. Alhamdulillah. Ira dah pun sah jadi isteri saya, di sisi syarak dan sisi Tuhan,” katanya di Instagram hari ini.

Menurut Syamsul, 38, dia terpaksa melangsungkan pernikahan dengan anak pelakon dan penyanyi veteran itu di Thailand atas beberapa sebab termasuk untuk "memudahkan beberapa perkara".

Dia juga memberitahu pernikahan mereka sudah didaftarkan.

Mengulas mengenai kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana, Syamsul berharap wanita yang masih isterinya yang sah itu dapat segera pulang ke rumah agar masalah yang dialami dapat diselesaikan.

“Saya harapkan segala masalah menemui jalan penyelesaian. Puteri Sarah masih lagi isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya harap pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang.

“Tak perlu hebohkan lagi di media sosial. Pulanglah dan bawa anak-anak kembali. Tak perlu aibkan saya lagi. Saya masih suami awak. Tak perlu ke mana-mana tanpa izin suami,” katanya.

Pelakon Munafik itu juga menjelaskan dia sebenarnya tidak mahu membelakangkan sesiapa terutama keluarga sendiri dalam isu berkenaan.

Justeru, dia mengharapkan doa daripada kedua ibu dan bapa untuk meneruskan kehidupan yang dipilihnya itu.

“Yang saya harapkan semua doa baik baik dari ibu bapa, adik-beradik dan sepupu. Semoga keputusan saya buat ini dirahmati Allah dan dilindungi dari hasad jahat orang.

“Yang paling mampu saya buat adalah berdoa. Yang paling penting ia sah di sisi syarak,” katanya sambil tersenyum.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS