Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Qi Razali tinggalkan OAG lepas 30 tahun
Diterbitkan:  Jan 3, 2023 12:53 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Pelakon dan pengacara, Qi Razali, mengesahkan Konsert OAG 39 Tahun Generasiku adalah persembahannya yang terakhir bersama OAG.

Katanya, dia tidak akan mengadakan persembahan bersama kumpulan itu lagi selepas ini.

“Saya dah buat keputusan, persembahan itu adalah terakhir untuk saya untuk OAG,” ciapnya di Twitter.

Melalui ciapan berbeza, Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali memohon kepada peminat supaya menyokong pilihan yang dibuatnya itu.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini. Band itu tetap akan terus wujud jangan risau.

“Kekuatan band tu bukan kat pemain dram, jadi boleh je ganti mana-mana pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku.

“Kalau kamu sokong kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” ciapnya lagi.

Berkongsi mengenai konsert sempena meraikan 30 tahun OAG itu pada ciapan sebelum ini, Qi berkata, dia berbangga kerana vokalis, Radhi mampu memberikan yang sehabis baik buat persembahan mereka pada malam itu.

“Mula-mula memang dah kumpul di Concorde. Nak gerak lepas Maghrib.

"Ada kelewatan sikit. Sampai stadium, masalah video and audio tak selari (sync). Cuba selesaikan tapi tak boleh, jadi ada dua video tak boleh main.

“Reda. tak ada emcee lain. Itu pengajaran. Radhi buat persembahan sampai habis hampir 3 jam, aku bangga,” tulisnya.

Qi juga memberitahu sempena tahun baru ini, dia akan kembali merancakkan dunia seni dengan berlakon.

“2023, saya mula berlakon lagi, Bismillah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS