Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Sembelih kafir harbi': Polis rakam percakapan Zul Huzaimy
Diterbitkan:  Nov 15, 2022 6:36 PM
Dikemaskini: 12:55 PM

Polis Diraja Malaysia mengesahkan merakam percakapan pelakon Zul Huzaimy semalam.

Memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Noorsiah Saaduddin pihak polis masih menunggu laporan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambahnya.

Terdahulu, kenyataan Zul mahu ‘menyembelih’ golongan kafir harbi tular melalui rakaman video dalam satu program ceramah yang dikaitkan dengan PAS di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Dalam isu yang sama Rafizi Ramli dalam kenyataan di facebooknya hari ini memuat naik status sedang berada di IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan polis berhubung kempen kebencian yang dibawa PAS dan PN.

Dua kempen yang dimaksudkan Rafizi ialah ‘undi PH dan BN masuk neraka’ dan ‘kalau tidak ada undang-undang, nak sembelih bukan Melayu’.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS