Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Wajah Jay Leno melecur gara-gara kereta meletup
Diterbitkan:  Nov 15, 2022 6:05 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Bekas hos televisyen The Tonight Show, Jay Leno dimasukkan ke hospital selepas wajahnya melecur teruk dalam insiden kebakaran di garaj keretanya pada 13 Nov lalu.

Susulan kejadian itu, Leno memaklumkan keadaannya stabil.

Namun katanya, dia memerlukan sekurang-kurang seminggu atau lebih sebelum boleh memulakan tugasnya semula.

“Saya melecur teruk akibat kebakaran petrol. Saya okey cuma perlukan seminggu dua untuk pulih,” katanya seperti dipetik The Associated Press.

Sebuah lagi portal hiburan melaporkan, satu daripada sebuah koleksi kenderaannya meletup dan terbakar mengakibatkan kecederaan pada wajah pelawak itu.

Leno, 72, dibawa ke Grossman Burn Center untuk dirawat.

Bagaimanapun, punca sebenar dan waktu kebakaran tidak diketahui. Leno terkenal dengan koleksi keretanya yang terletak di Burbank, Utara Los Angeles.

Dia dijadual untuk mengambil bahagian pada persidangan kewangan Ahad lalu di Las Vegas namun terpaksa membatalkan kemunculannya gara-gara kecemasan serius perubatan.

Leno mengambil alih NBC’s Tonight selepas bekas hos Johnny Carson bersara pada 1992. Dia kemudian digantikan oleh Conan O’Brien pada 2009.

Namun, disebabkan rating jatuh, Leno dibawa kembali untuk mengisi slot itu pada 2010. Pelawak itu kekal dalam rancangan tersebut hingga meletakkan jawatan pada 2014 dan tempatnya diambil alih oleh Jimmy Fallon.

Leno membawa minatnya terhadap kereta untuk menjadi siri CNBC, Jay Leno’s Garage dan kini menghoskan siri kuiz komedi You Bet Your Life.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS