Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelawak bergabung gesa orang ramai keluar mengundi Sabtu ini

Sekumpulan pelawak telah berpakat untuk menghasilkan video bagi menyampaikan pesanan menggesa semua pengundi untuk keluar dan menggunakan hak demokrasi masing-masing pada Sabtu ini.

Watak utama di sebalik inisiatif itu ialah pelawak Kuah Jenhan.

Bercakap kepada Malaysiakini Kuah berkata pada dasarnya dia menghantar mesej melalui kumpulan WhatsApp dan agak terharu apabila mendapati ramai yang segera menyatakan minat dan selain memberi galakan.

“Kira-kira 20 pelawak merakam video dalam masa dua hari sahaja. Antaranya ialah Douglas Lim, Dr Jason Leong, Harith Iskander, Phoon Chi Ho, Shamaine Othman, Rizal Van Geyzel dan Kavin Jay.

"Saya juga teruja untuk memperkenalkan ramai muka segar baru," katanya.

Kuah menjadi pelawak profesional sejak 16 tahun lalu. Pada 2021, dia mengimbangi kerjayanya sebagai pelawak dengan tugasan sebagai pengarah kandungan kreatif di sebuah firma yang memenangi anugerah, Chariot Agency.

Menjelaskan idea di sebalik video itu, Kuah berkata ia bermula dengan perbualan dengan rakan-rakannya.

“Kebanyakan mereka lebih muda daripada saya dan akan mengundi untuk kali kedua dalam hidup mereka. Ada antara mereka yang baru pertama kali mengundi.

“Sentimen umum dalam kalangan mereka yang mengundi kali kedua ialah mereka berasa tertipu pada PRU lalu, manakala mereka yang pertama kali teruja untuk mengundi tetapi juga tertanya-tanya sama ada undi mereka benar-benar boleh membantu membawa perubahan yang bermakna,” katanya

Justeru Kuah meminta setiap pelawak merakam mesej mereka sendiri untuk platform mereka, dan pada masa sama dia juga merakam tambahan yang disunting menjadi satu video untuk tontonan mudah.

Video itu berdurasi kira-kira dua minit.

“Dengan sokongan agensi, kami menempah studio dan kru kamera selama sehari untuk membantu pelawak yang memerlukan bantuan.

"Orang yang tidak dapat melakukannya akan merakam bahagian mereka di rumah dan memuat naiknyaa sendiri.

"Sejujurnya, semua orang menawarkan apa sahaja sokongan yang mereka mampu,” jelas Kuah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS