Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Siapa yang sering menghadiri demonstrasi di Lembah Klang pasti mengingati Saw Hock Hin. 

Dia terkenal dengan bacaan puisi untuk menyelamatkan negara daripada rasuah.

Bagaimanapun, kata-kata puitisnya tidak akan lagi didengari apabila Hock Hin menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Anaknya Wen Zee berkata bapanya yang sedang menjalani rawatan barah mendapat serangan jantung yang membawa maut pada umur 73 tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Wen Zee berkata bait-bait puisi itu didorong oleh minat ayahnya pada politik.

“Dia ada kawan-kawan yang mempunyai pandangan politik sama. Mereka sering lepak bersama-sama, berbincang dan menggubah puisi. 

“Mereka keluar protes demi negara,” kata Wen Zee.

Penyokong tegar itu antara salah seorang yang hadir di luar penjara ketika tokoh pembangkang Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara pada 2004–20 tahun lalu.

“Katanya dia orang pertama yang anwar nampak. Dia bersalam dengan Anwar dan amat gembira kerana Anwar keluar (dari penjara,” kata Wen Zee.

Acara perkabungan akan berlangsung selama tiga hari dari semalam hingga 11 November di Nirvana 2, Kuala Lumpur.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS