Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lee Ji Han antara korban tragedi Itaewon
Diterbitkan:  Oct 31, 2022 1:09 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Pelakon dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada 29 Oktober lalu.

Agensi pengurusan artis berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor terbabit sehari kemudian.

Wakil agensi menyatakan, pihaknya pada awal berharap berita itu tidak sahih.

“Kami amat terkejut apabila mendengar berita tersebut. Keluarga mendiang juga amat berdukacita. Semoga mendiang berehat dengan tenang,” katanya seperti dipetik Soompi.

Berita kematian aktor itu diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti dari program realiti sama termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun, and Cho Jin Hyung berkongsi insiden tragis itu di media sosial masing-masing.

“Ji Han meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa.

“Kami meminta anda ucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya,” tulis mereka.

Ji Han mula mencipta populariti selepas menjadi peserta Produce 101 Season 2 Mnet pada 2017, membuat penampilan sulung sebagai pelakon drama web Today Was Another Nam Hyun Day, 2019.

Ji Han meninggal dunia ketika dia berusia 24 tahun.

Sementara itu, upacara penghormatan terakhir buat Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji hari ini manakala majlis pengebumian akan berlangsung esok.

Sebelum ini, seramai 151 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS