Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Zul Ariffin didenda RM30,000 - muat naik kandungan sumbang
Diterbitkan:  Oct 4, 2022 11:04 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Mahkamah Sesyen mengenakan denda sebanyak RM30,000 terhadap pelakon popular Zul Ariffin kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.

Ia merujuk klip ‘teaser’ tular daripada sebuah drama bersiri yang mendapat pelbagai kecaman warganet.

BH Online hari ini melaporkan pelakon dengan nama sebenarnya Zulkifli Ariffin itu mengaku bersalah atas pertuduhan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi oleh peguam yang mewakilinya dan rakannya.

Klip video sedutan drama itu sebelum ini menjadi polemik selepas Zul memuat naik video berkenaan di Instagram atas tujuan promosi.

Adegan ‘panas’ dalam video itu mengundang amarah ramai pihak, termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yang memberi amaran kepada stesen-stesen televisyen dan penggiat drama agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam penyiaran karya seni.

Mengulas mengenai isu kandungan drama yang dikatakan memaparkan adegan melampau katanya, pemain industri terbabit perlu sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS