Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Haida tersingkir, Shila Amzah markah tertinggi
Diterbitkan:  Oct 3, 2022 11:27 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Penyanyi Haida Hasnan diumum tersingkir pada minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada konsert bertemakan Pilihanmu, Aku Lock! yang berlangsung malam tadi.

Haida yang mendapat markah 53.40 peratus, akur meninggalkan pentas selepas menyelesaikan tugasan terakhirnya dengan mempersembahkan lagu Nang, nyanyian asal Iman Troye.

Ia sekali gus menjadikan Haida peserta kedua tersingkir daripada program itu selepas Roy Kapilla.

Bagaimanapun, persembahan Shila Amzah dalam persembahan lagu Secangkir Madu Merah yang dipopularkan oleh Amelina dan Sheeda, menjadikan penyanyi itu layak bergelar juara mingguan apabila mencapai markah 78.80 peratus.

Seramai 10 peserta lain yang menyempurnakan tugasan lagu dalam episod tersebut ialah Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Fuad Rahman (Singapura), Tom, Dina Nadzir, Bob Yusof (AF2), Asheed Def Gab C, Pat Candy, Hazrul Nizam (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Keputusan diadili Ramli MS selaku ketua juri, penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang serta guru vokal, Syafinaz Selamat.

Untuk rekod, penyanyi-penyanyi malam tadi mempersembahkan lagu atas permintaan peminat.

Berikut adalah markah yang diperolehi oleh peserta daripada pemarkahan juri.

Carta kedudukan dan markah peserta GV9 minggu ketiga.

1. Shila Amzah (Secangkir Madu Merah) - 78.80 peratus

2. Bob Yusof (Zalikha) - 77.30 peratus

3. Hazrul Nizam (Fatwa Pujangga) - 71.90 peratus

4. Asheed Def Gab C (Yang Penting Hepi) - 71.60 peratus

5. Jaclyn Victor (Perawan Atau Janda) - 71.40 peratus

6. Tomok (Hukum Karma) - 66.80 peratus

7. Fuad Rahman (Gadis Melayu) - 65.90 peratus

8. VE (Dari Sinar Mata) - 61.90 peratus

9. Dina Nadzir (Laksmana Raja Dilaut) - 61.70 peratus

10. Pat Candy (Cinta Gila) - 56.70 peratus

11. Tom (Goyang Inul) - 55.50 peratus

12. Haida Hasnan (Nang) - 53.40 peratus

Konsert GV9 bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan dipentaskan di Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam bermula 18 September lalu.

Program itu dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS