Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Gegar Vaganza 9 suntik elemen baru untuk kekal relevan

Program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kali ini mempertaruhkan beberapa artis yang muda dan masih aktif. Alasan Astro, mereka tidak mahu kekal dengan format yang statik.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu berdasarkan post mortem peserta tahun lalu yang menampilkan Allahyarham Adibah Noor.

“GV9 tak boleh terlalu statik dengan format Gegar Vaganza sedia ada. Kami harus menyuntik muka-muka baru begini untuk kekal relevan.

“Untuk post mortem tahun lalu kami kenalkan arwah Adibah dan dapati sambutan penonton amat menggalakkan.

“Selama sembilan tahun Gegar Vaganza tampilkan lebih 100 peserta, bermaksud kami telah bagi peluang untuk lebih 100 orang ini kembali menyengat,” ujarnya.

Raqim berkata demikian pada majlis pengumuman GV9 di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 13 peserta bakal memberi saingan hebat bagi merebut gelaran juara musim ini iaitu Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah berentap bagi merebut gelaran juara.

Penyanyi seperti Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Hasrul Nizam turut tercalon sebagai peserta GV9 kali ini.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE.

Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Ramli MS, Syafinaz Selamat dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Jihan Muse yang sering mengacarakan Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad sebelum ini bakal mempunyai pengganti ekoran baru saja bersalin bayi keduanya baru-baru ini.

GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi) diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV8) dan Aliff Aziz (GV9).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS