Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Adi Putra bertegas tak muncul di Jakarta kerana penerbit
Diterbitkan:  Aug 27, 2022 5:19 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Pelakon Adi Putra membuat kejutan apabila akhirnya hadir ke Malam Tayangan Gala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia malam tadi.

Namun, Adi berkongsi kehadirannya di Jakarta bukanlah atas undangan penerbit Studio Kembara Sdn Bhd Tetapi dijemput wakil pengedar filem negara itu, iaitu CBI Pictures.

Katanya, turut menyampaikan undangan itu ialah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan rakan pelakon, Yayan Ruhian.

Melalui Instagram, Adi meluahkan perasaan terharunya atas jemputan itu.

“Semoga dipermudahkan oleh semua penonton Indonesia dan semoga mendapat sambutan yang baik oleh peminat-peminat di sini,” katanya menerusi video di media sosial malam tadi.

Terdahulu, akibat masalah dalaman dengan Studio Kembara, Adi menegaskan dia tidak akan pergi ke Jakarta. Bagaimanapun dia berkata mempertimbangkan jemputan sekiranya disampaikan oleh pihak lain.

Seorang lagi pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Johan As’ari yang memegang watak Yassin turut dilihat sama dalam video tersebut.

Johan, melalui hantaran di Instagram miliknya berkata, perjalanannya ke Jakarta ditaja oleh Adi.

“Terima kasih abang Mat Kilau (Adi) kerana menaja segala perbelanjaan daripada perjalanan, penginapan hinggalah kepada makan dan minum Yassin (Johan),” katanya.

Johan baru- baru ini mendakwa namanya digugurkan daripada senarai delegasi Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ke Jakarta.

Ia berlaku selepas pelakon itu meninggalkan komen pada hantaran dimuat naik Adi berhubung ketidakpuasan hatinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS