Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas dilabel 'ahli neraka', Ifa Raziah tayang aksi solat

Geram dituduh mencabar Allah serta dilabel ahli neraka, Ifa Raziah akui dia sengaja menyiarkan rakaman langsung menunaikan solat melalui Instagram Live.

“Saya maafkan pun tak, sekolahkan pun tidak. Jumpa nanti di padang Masyar. Asyik tuduh saya tak sembahyang, jadi saya memang saja tunjuk solat depan mereka.

“Saya naik geram pada orang yang cakap saya ni ahli neraka dan mencabar Allah. 

“Bila saya tak tunjuk macam ni, orang tak akan percaya. Iyalah, orang yang cakap tu yakin sangat masuk syurga,” katanya.

Walaupun belum bertudung, Ifa menegaskan netizen tidak wajar mencerca dirinya sebegitu. 

Tambahnya, orang ramai tidak tahu bagaimana kehidupannya di rumah sama ada dia mengerjakan ibadah atau pun tidak.

Justeru katanya, jangan menilai seseorang hanya dari luarannya semata-mata.

“Jangan kerana saya tidak bertudung, orang boleh membuat tuduhan dan menghukum saya sesuka hati mereka,” katanya.

Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf and Resort, Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, tindakan Ifa membuat rakaman langsung dia sedang solat kepada pengikut-pengikut Instagram miliknya mengundang buah mulut ramai.

Mereka mempertikai perbuatan itu kerana beranggapan tidak wajar seorang Muslim menunjuk-nunjuk ketika mengerjakan ibadah.

Bagaimanapun, Ifa mendakwa tindakan tersebut bukan bertujuan untuk meraih tontonan tertinggi daripada pengguna alam maya.

Ujarnya, tiada siapa mengetahui ibadah dilakukannya kerana mereka tidak tinggal sebumbung dengannya.

“Bila tak duduk serumah mereka tak tahu sama ada saya bangun solat tahajud atau buat ibadah lain ke tak.

“Rutin harian saya memang bangun tahajud jam 4.30 pagi kemudian solat Subuh dan mengaji serta berzikir.

“Hubungan itu antara saya dengan Allah. Saya harap biarlah saya hanya hina pada pandangan umum tapi bukan Tuhan, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS