Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Olivia Newton-John meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 9, 2022 11:33 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Penyanyi Olivia Newton-John, yang melonjak ke puncak carta muzik pop dunia pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an dengan lagu-lagu seperti "I Honestly Love You" dan "Physical" dan membintangi filem muzikal popular "Grease," meninggal dunia pada usia 73 tahun di rumahnya di California Selatan.

Kematian penghibur kelahiran Britain dan dibesarkan di Australia itu diumumkan di akaun Instagramnya, yang memaklumkan dia "meninggal dunia dengan aman" di rumah ladangnya "dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan."

Olivia, pemenang Grammy empat kali, pernah mendedahkan pada 2017 bahawa kanser payudaranya berulang bermetastasis dan merebak ke bahagian belakang sehingga memaksanya membatalkan persembahan.

Dua puluh lima tahun sebelum itu, dia menjalani pembedahan separa mastektomi, dan menjadi aktivis untuk penyelidikan kanser payudara dan isu kesihatan lain. Dia juga menubuhkan kemudahan penyelidikan rawatan kanser di Australia.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS