Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tipu cukai: Pendakwa raya mohon Shakira dipenjara lebih 8 tahun

Pendakwa raya Sepanyol hari ini akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.

Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.

Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai €14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.

Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (US$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu "Waka Waka (This Time for Africa)”.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS