Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Filem terbaru Thor tak masuk Malaysia - GSC
Diterbitkan:  Jul 28, 2022 12:09 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Filem Thor: Love and Thunder tidak akan masuk ke Malaysia, kata rangkaiaan panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC).

“Sila ambil maklum bahawa Disney memberikan kemas kini bahawa Thor: Love and Thunder dari Marvel Studios tidak akan ditayangkan di Malaysia sama sekali,” tulis GSC di media sosial sebentar tadi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sama ada filem ini diharamkan di Malaysia.

Filem itu dilapor turut berdepan masalah untuk ditayangkan di beberapa lagi negera seperti China susulan pemaparan watak biseksual dan gay.

Thor: Love And Thunder pada awal dijadual tayangan di pawagam tanah air pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, GSC mengumumkan tarikh itu kemudian ditunda pada 21 Julai.

Pada 13 Julai, GSC mengumumkan filem itu ditangguhkan sekali lagi, namun Disney tidak memberikan sebarang sebab penangguhan.

Filem Thor: Love And Thunder sudah ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Filem arahan Taika Waititi itu adalah sekuel kepada Thor: Ragnarok (2017) dan filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Naskhah itu dijayakan oleh pelakon seperti Chris Hemsworth sebagai Thor, bersama Christian Bale, Tessa Thompson, Jaimie Alexander, Waititi, Russell Crowe dan Natalie Portman.

Thor: Love And Thunder is a 2022 berkisahkan filem adiwira Amerika berdasarkan karakter Thor.

Ia diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedar Walt Disney Studios Motion Pictures.

Ia berkisahkan cubaan Thor untuk mencari kedamaian diri namun mengubah keputusan itu untuk kembali beraksi dan merekrut Valkrie(Thompson), Korg (Waititi) dan Jane Foster (Natalie), untuk menghentikan Gorr the God Butcher (Bale) daripada menghapuskan semua Tuhan.

Pengharaman Thor: Love And Thunder menyamai sebuah lagi filem Disney, Lightyear yang sebelum ini dikeluarkan daripada jadual pawagam Malaysia Jun lalu.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) menjelaskan bahawa Disney adalah pihak yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Lightyear di Malaysia ekoran enggan mematuhi beberapa syarat tertentu, termasuk menyunting bahagian yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS