Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Wany Hasrita rahsia hubungan, enggan kongsi selagi tak sahih
Diterbitkan:  Jul 23, 2022 1:50 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Dilihat mengambil sikap berahsia dalam perhubungan yang dibina, Wany Hasrita berkata perkara itu bagi menghormati ruang peribadi suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

Kata penyanyi itu, dia belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan, maka ia tidak perlu dikongsikan.

“Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah sahih, barulah kita kongsikan.

“Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri.

“Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati,” katanya.

Malam tadi, Wany, 29 selamat diijabkabul dengan Adib, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.11 malam tadi.

https://www.malaysiakini.com/hiburan/629311

Ditanya mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya sebagai selebriti, Wany berkata Adib sangat memahami.

“Macam dikatakan, dia bukan jenis kaki media sosial. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip.

“Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan. Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau.

“Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri.

"Pada masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” jelasnya.

Melalui perhubungan jarak jauh selama ini, Wany berkata mereka menjalaninya dengan baik saja selain Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak.

“Kami okay saja dengan hubungan jarak jauh. Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun.

“Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di Instagram memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS