Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bekas isteri Ayie Leon nafi beban kewangan punca cerai

Bekas isteri vokalis Ayie Leon, Zulisa Zulkifli, tampil menafikan kenyataan lelaki itu semalam yang mendakwa beban kewangan menjadi punca perceraian mereka.

Zulisa turut mendakwa bekas suaminya kini tergila-gilakan wanita lain sehingga perlu menceraikan dia sekiranya mereka berhasrat untuk berkahwin baru.

“Artis atau suami yang paling kurang ajar. Masalah kewangan kepala bapak ko Ayie (padahal) aku yang (kena) kerja tolong bayar rumah, sekolah anak, semua aku tanggung.

“Tapi kau sedap-sedap cakap masalah kewangan yang membuatkan kita bercerai.

“Kau juga ceraikan aku sebab kau tergila-gilakan Nu*** *****. Kau nak berkahwin tapi dia tak mahu dimadukan. Jadi kau ceraikan aku.

“Agak-agaklah sikit nak bercakap, jangan nak aniaya aku dari dulu sampai sekarang, apa masalah kau Ayie?” katanya.

Semalam, Malaysiakini menyiarkan Ayie atau nama sebenarnya Nazrimi Md Ali mendakwa dia bercerai akibat tidak mempunyai pendapatan sepanjang pandemik.

Katanya, sejak kembali solo, dia ingin menumpukan perihal mempopularkan semula lagu-lagu rock kapak sebagai punca mata pencariannya.

Dalam pada itu, Zulisa yang memaklumkan dirinya sedang sakit dan yatim piatu juga menuduh pelbagai perkara dilakukan bekas suaminya itu termasuk membawa lari anak mereka, Putri Nazlisabella, 16 tahun.

“Anak aku kau tak bagi jumpa, (sedangkan) aku tidak pernah halang anak hendak berjumpa bapanya. Tetapi bila kau ambil anak dengan cara begini, aku tidak reda.

“Allah SWT akan balas apa kau buat pada aku dari dulu sampai sekarang. Dah jatuh sakit pun, kau masih hendak menganiaya aku lagi. Alhamdulillah.

“Mak bapa aku sudah meninggal dunia, ini mungkin adalah masanya untuk kau ‘tibai’ aku sebab aku tiada sesiapa nak mengadu. Tapi aku ada Allah.

“Jangan hendak menganiaya orang sesuka hati sebab Allah tidak tidur. Anak pun sudah derhaka, ibu aku banyak berkorban untuk dia. Tetapi akhirnya dia buat aku begini. Terima kasih anak, Allah akan berikan nikmat pada mu nanti,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini, Ayie hanya menjawab ringkas serta mentertawakan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Katanya, dia enggan memanjangkan isu terbabit selain berkata, lebih baik dia mendiamkan diri.

“Ha, ha, ha. Jangan percaya hanya pada sebelah pihak walau Ayie berdiam diri. Yang penting, anak saya datang sendiri cari bapanya dari Hulu Langat ke Meru.

“Syukur dia selamat walaupun datang bersendirian. Sebenarnya dah bertahun saya tak boleh video call anak, atau buat panggilan, semuanya bersebab,” jelasnya ringkas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS