Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tinggalkan dunia seni, Sarah Hildebrand sertai tentera udara AS
Diterbitkan:  Jul 21, 2022 9:08 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Sarah Hildebrand yang mengumumkan bersara dari dunia seni kini memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat selepas mendaftarkan dirinya untuk menyertai kadet Tentera Udara Amerika Syarikat.

Selebriti berdarah campuran Amerika, Jerman dan Melayu itu berkongsi berita dia mengangkat sumpah untuk mula berkhidmat dalam pasukan tersebut melalui laman sosial Instagram miliknya hari ini.

“Semuanya tidak mustahil.

“Sangat bersyukur untuk segalanya,” kata Sarah di ruang kapsyen.

April lalu, pemilik nama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu mendedahkan dia sudah meninggalkan dunia hiburan tanah air.

Katanya, dia juga telah banyak menolak tawaran bekerja dengan produksi tempatan mahupun pengacaraan.

Sarah turut memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara kelahiran bapanya selain tidak berhasrat untuk kembali lagi ke negara ini.

Sarah, 31 berkahwin dengan lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS