Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fazura terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 1:13 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Nur Fazura dinobat sebagai penerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang Malaysia bagi kategori wanita sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, semalam.

Kejayaan Fazura itu dikongsikan pelakon dan usahawan terbabit melalui Instagram miliknya.

Fazura menyatakan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan selama ini.

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” kongsinya.

Fazura turut merakamkan ribuan terima kasih kepada abang kandungnya sendiri kerana sentiasa bersama dengannya di saat susah dan senang.

Jelasnya, abangnya itu merupakan mentor dan rakan perniagaannya sejak sedekad yang lalu.

"Banyak yang telah kami lalui bersama,” katanya lagi.

Akhir sekali, Fazura menyatakan bahawa pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.

Selain Fazura, pengacara popular iaitu Aznil Nawawi menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di majlis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS