Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Raja Ilya selamat lahirkan Talita Love
Diterbitkan:  Jul 2, 2022 11:09 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Bagai suatu keajaiban, demikian perasaan digambarkan pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah pusat perubatan di Australia malam tadi.

Pelakon itu turut berkongsi nama bayi perempuannya iaitu Talita Love dengan peminatnya di Instagram.

“Syukur Alhamdulillah bayi perempuan kami selamat dilahirkan.

“Hari ini saya merasai keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love,” katanya.

Raja Ilya, 36, juga berkata dia seolah-olah tidak percaya sudah menjadi ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kelahiran Australia, Trent Garrett.

“Saya menangis dan sejujurnya masih terkejut dengan kelahiran ini,” katanya.

Pelakon Suamiku, Encik Perfect 10! itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami berkata dia teruja untuk pulang ke Malaysia bersama anak mereka.

“Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” jelasnya.

Pada masa sama Raja Ilya turut memaklumkan dia membuka akaun Instagram untuk Talita Love untuk berkongsi dengan para peminatnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS