Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bekas suami Luyfa nafi serang dan cuba culik anak
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 12:52 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Bekas suami pelakon Lufya Omar menafikan tuduhan bahawa dirinya individu yang menyerang dan cuba menculik anak mereka dalam satu kejadian berlaku baru-baru ini.

Kata Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa Laana Haura.

“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama 'move on' dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng," katanya dipetik Harian Metro.

Lufya dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada pada 26 November 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Laana yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan rasmi bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Terdahulu, Lufya berkongsi mengenai insiden terbabit di media sosial, mendakwa dia dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dayus yang cuba menculik anaknya di sebuah taman permainan.

Bagaimanapun, Luyfa tidak memperincikan gambaran sebenar atau merujuk nama sesiapa dalam hantarannya itu. 

Susulan itu, seorang pengguna media sosial mengaitkan kejadian tersebut dengan bekas suami pelakon berkenaan.

Menurut Hafiz, dia hanya mengetahui insiden terbabit apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.

Katanya, dia sanggup mengketipikan ego dan menghubungi bekas isterinya itu kerana mengenangkan anak mereka.

“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang kirim berita itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.

“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja. 

"Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS