Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Berehatlah, puas mak tanggung sakit’ - DJ Lin
Diterbitkan:  Jun 24, 2022 10:38 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

“Berehatlah, puas mak tanggung kesakitan,” demikian coretan DJ Lin buat ibunya Puteh Jantan yang menghembuskan nafas terakhir pada 4.50 pagi hari ini.

Penyampai radio Suria FM itu berkata, ibunya, meninggal dunia di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid turut mengenang jasa dan pengorbanan arwah dalam membesarkannya serta adik beradik yang lain.

“Mak, terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat Lin dan semua anak-anak.

“Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu mak.

“Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekalipun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” tulisnya di media sosial.

Puteh menutup usia pada 80 tahun. Dia sebelum itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor akibat penyakit buah pinggang.

Arwah meninggalkan sembilan anak, lebih 40 cucu serta cicit.

Menurut DJ Lin, jenazah ibunya akan dikebumikan sebelum jam 1 tengah hari.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu solat Jumaat.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah agar rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Ameen Ya Rabbal Alamin,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS