Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bad Indigo, Ashira berpisah tapi sepakat simpan punca cerai
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 6:37 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad, mengesahkan dia dan Ashira Aziz bukan lagi berstatus suami isteri selepas mereka rasmi bercerai ekoran mencapai persetujuan bersama.

Meskipun tampil membuat pendedahan berhubung perceraian berkenaan, Bad enggan berkongsi secara lanjut sebab mereka mengambil keputusan itu.

Katanya, ia disimpan bagi mengelak mendatangkan aib dan dosa.

“Kami dah capai persetujuan bersama. Kami kini sah bercerai. Tapi, kami tetap akan berkawan sampai bila-bila. Saya tetap sayangkan dia.

“Apa sebab bercerai, tak perlu diceritakan. Apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah suatu perkara yang mendatangkan aib.

“Walaupun diri sendiri yang dedahkan aib itu adalah satu dosa. Biarlah Allah, kami berdua dan keluarga saja yang tahu,” katanya.

Bagaimanapun, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menegaskan, perceraian berkenaan tidak ada kaitan dengan kehadiran orang ketiga.

Bagi Bad, walaupun sudah bercerai, dia yakin hubungan dengan bekas isterinya mungkin akan bertambah baik.

“Saya dapat rasakan, lepas ini, mungkin lebih banyak kami akan bergambar dan keluar bersama,” katanya.

Ashira pula menjelaskan, tiada masalah berlaku antara mereka dan tujuan video itu dikongsikan supaya dapat menjelaskan sedikit sebanyak spekulasi segelintir pihak terhadap rumah tangga mereka.

Katanya perceraian itu diumumkan bagi mengelakkan sebarang salah faham timbul daripada orang ramai.

Pada masa sama Ashira berkata hubungan dia dan Bad tetap dalam keadaan baik kerana tiada masalah yang wujud di antara mereka.

“Kalau saya ada masalah dengan bekas suami, saya tak akan berada dalam kereta ni bersama-sama dia,” katanya.

Video itu dirakam ketika mereka berdua berada dalam sebuah kenderaan.

Untuk rekod, sebelum ini Bad dilaporkan pernah berkata, dia enggan menyusahkan Ashira akibat penyakit diabetes yang dihidapi.

Dia juga selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 23 Mac lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS