Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hab Pendidikan Khas Ahmad Idham raih sokongan 7 badan, syarikat
Diterbitkan:  Jun 15, 2022 2:55 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Hab Pendidikan Khas yang diasaskannya memeterai memorandum persefahaman (MOU)bersama tujuh rakan strategik.

Antara tujuh entiti tersebut adalah GISB Holdings Sdn Bhd; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim); Cdert Ohhsem Network (APM); Haj Trading & Transportation Sdn Bhd; Kelab Sukan Udara Bintang; Kelab Elit Barracuda Scuba dan Bio Ideas Solutions.

Ahmad Idham berkata kerjasama itu akan merancakkan lagi program yang akan dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa.

“Melihat kepada perkembangan positif perjuangan Hab Pendidikan Khas yang memfokuskan untuk membentuk satu komuniti yang jitu, peka dan prihatin terhadap komuniti anak istimewa khususnya di Ampang, ia telah mendapat sokongan penuh serta bantuan barangan keperluan daripada rakan-rakan strategik yang sentiasa cakna dan prihatin kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerjasama itu bagi merealisasikan hasrat memperjuangkan komuniti istimewa agar golongan itu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama masyarakat yang lain.

“Rakan-rakan strategik ini akan berperanan untuk menyalurkan segala kepakaran dan kelebihan yang mereka ada melalui Hab Pendidikan Khas ini agar komuniti istimewa dapat manfaat dari sudut bantuan barang keperluan, pendidikan, prasaringan, kelas tambahan intensif mingguan, program bersama ibu bapa anak istimewa serta kelebihan-kelebihan lain yang turut disediakan.

“Kerjasama ini memberi gambaran bahawa perjuangan bukan perjuangan individu tetapi perjuangan kita bersama.

“Pembentukan sistem sokongan komuniti sememangnya satu keperluan terutamanya bagi golongan komuniti istimewa agar mereka tidak terus didiskriminasi dalam kalangan masyarakat," katanya lagi, yang berharap ia akan terus memberi manfaat kepada golongan istimewa yang disasarkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS