Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt
Diterbitkan:  Jun 11, 2022 12:09 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Bintang pop terkenal, Justin Bieber mendedahkan dia menderita penyakit Sindrom Ramsey Hunt yang menyebabkan wajahnya separuh lumpuh.

Penyanyi itu juga mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.

“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka hingga menyebabkan muka saya lumpuh.

“Seperti yang kamu boleh lihat, sebelah daripada mata saya tak boleh berkelip. Saya juga tak boleh senyum pada bahagian ini.

“Hidung juga tak boleh bergerak. Saya lumpuh pada sebelah bahagian wajah saya,” katanya di Instagram.

Penyanyi lagu Hold On itu mengiringi perkongsian berkenaan dengan sebuah klip video berdurasi tiga minit memaparkan kesukarannya untuk menggerakan separuh daripada bahagian wajahnya.

Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya juga tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.

Menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.

Bieber turut menenangkan peminat yang mungkin kecewa dengan pembatalan konsertnya.

“Saya secara fizikal, jelas sekali tidak mampu melakukannya.

“Keadaan agak serius seperti yang anda boleh lihat. Saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus sihat supaya saya boleh melakukan perkara yang menjadi tujuan saya dilahirkan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS