Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Haziq undur diri dari Hot FM lepas 9 tahun
Diterbitkan:  Jun 10, 2022 9:20 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni, mengumumkan berundur dari Hot FM selepas lebih sembilan tahun berkhidmat di stesen radio tersebut.

Haziq berkata, pengunduran itu disebabkan dia ingin fokus beberapa agenda lain termasuk keluarga.

“Dengan ini, saya menamatkan tugasan di Hot FM yang bermula sejak Mac 2013 sebagai Zoomerz dan Oktober 2014 sebagai penyampai radio.

“Niat saya untuk tidak menyambung kontrak telah diberitahu kepada pihak pengurusan sejak akhir 2021 dan selepas berbincang, saya akan mengakhiri kontrak sehingga Jun 2022.

“Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan televisyen dan acara serta meluangkan masa bersama keluarga lagi-lagi saya baru sahaja menimang cahaya mata ketiga,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Haziq, perjalanan kariernya di Hot FM adalah: “Sembilan tahun yang indah dan penuh suka-duka.”

Haziq memulakan kariernya sebagai penyampai Hot FM menerusi segmen pertamanya Hot FM bersama Deen pada 2014. Manakala, segmen terakhir dikendalikannya ada Hot FM Ada Sembang Squad bersama Riena Diana.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS