Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Afdlin, Hans Isaac cuba nasib bertanding ahli MPP PKR

Selepas kalah dalam pemilihan merebut ketua cabang PKR, dua artis sekali lagi mencuba nasib bertanding jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi penggal 2022-2025.

Mengikut aplikasi ADIL, pelakon Gerald Hans Isaac dan pengarah filem Afdlin Shauki Aksan masing-masing kalah dalam pemilihan parti bagi jawatan ketua cabang, telah mencalonkan diri bersaing jawatan anggota MPP PKR yang akan diadakan pada kongres parti pada 25 Jun ini di IDCC Shah Alam.

Setakat ini, mereka antara 74 ahli PKR yang bertanding merebut 20 jawatan ahli MPP. Proses pencalonan yang bermula pada 30 Mei akan berakhir pada 12 malam 4 Jun ini.

Sebelum ini, Hans Isaac dan penyanyi rap Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet bertanding jawatan ketua cabang di Ampang tetapi tewas kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang menang dengan mendapat 942 undi.

Hans Isaac, berada di kedudukan kedua dengan undian sebanyak 609. Sementara itu, Altimet yang juga komposer berada di tempat ketiga memperolehi 589 undian.

Sementara itu, Afdlin kecundang di Setiawangsa dalam saingan merebut ketua cabang PKR apabila memperoleh 372 undi berbanding Nik Nazmi yang memperoleh 482 undi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS