Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kim Kardashian rela makan najis setiap hari
Diterbitkan:  Jun 2, 2022 1:26 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Personaliti televisyen, Kim Kardashian mengejutkan peminat apabila secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk makan najis setiap hari sekiranya dia boleh kelihatan lebih muda.

“Saya sanggup cuba apa saja,” kata Kim, 44, dalam satu wawancara dengan akhbar The New York Times.

“Jika kamu meminta saya makan tahi setiap hari dan saya akan kelihatan muda kerana memakannya, saya mungkin akan mencuba perkara itu,” katanya,

Kim berkata demikian ketika mempromosi rangkaian produk barunya yang dinamakan SKNN yang akan dilancarkan bulan depan.

Bagaimanapun, The Times menjelaskan, setakat ini, “najis bukanlah salah satu ramuan dalam produk penjagaan kulit baru Kim.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS