Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Raisuddin terkejut tatap wajah wanita persis arwah Siti Sarah
Diterbitkan:  Jun 1, 2022 3:13 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Pelakon dan penyanyi, Raisuddin Hamzah, menerima ‘hadiah’ hari lahir istimewa apabila dibawa berjumpa seorang wanita persis arwah anaknya, Siti Sarah.

Kejutan itu diberikan oleh isteri Raisuddin, Siti Fatimah Saberi.

Menurut Siti Fatimah, dia merancang mempertemukan Raisuddin dengan wanita terbabit - dikenali sebagai Emy - sempena sambutan majlis ulang tahun kelahiran suaminya.

Sebelum ini katanya Raisuddin ada menyatakan hajat mahu bertemu dengan Emy yang tular di internet apabila dikatakan iras wajah Siti Sarah.

“Semasa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagitahu dia teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni.

“Saya nak bawa dia berjumpa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua,” katanya.

Perkara itu dikongsikan melalui satu klip video yang dikongsikan di Instagram.

Bagaimanapun, menurut Siti Fatimah, pertemuan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan waktu kedua-dua belah pihak.

“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk,” katanya.

Siti Fatimah sempat menitipkan penghargaan buat keluarga terdekat, rakan-rakan serta tetamu yang sudi hadir bagi menyambut majlis tersebut bersama-sama.

“Terima kasih juga buat Emy dan keluarga yang sudi menerima pelawaan kami,” jelasnya.

Pada ruang komen, warga alam maya turut berkongsi perasaan rasa sebak serta segelintir lagi mengakui Emy memiliki wajah yang seiras dengan Siti Sarah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS