Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Singapura haramkan tayangan filem kontroversi Kashmir
Diterbitkan:  May 10, 2022 3:41 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Singapura mengharamkan tayangan filem kontroversi India mengenai penghijrahan orang Hindu dari Kashmir yang majoritinya beragama Islam atas alasan kebimbangan ia "berpotensi menimbulkan permusuhan antara masyarakat yang berbeza".

Filem "The Kashmir Files"mendapat pujian Perdana Menteri India Narendra Modi dan pengikut nasionalis parti kanan Hindu, selain menjadi antara filem dengan kutipan tinggi atau box office. Namun menurut pengkritik, faktanya adalah longgar dan meniup sentimen anti-Islam.

"Tiada klasifikasikan akan diberi kepada filem itu kerana provokasi dan memberi gambaran berat sebelah terhadap umat Islam dengan memaparkan bahawa penganut Hindu dianiaya dalam konflik yang sedang berlaku di Kashmir,” kata kerajaan Singapura dalam satu kenyataan pada Isnin sebagai menjawab pertanyaan media.

"Gambaran ini berpotensi menimbulkan permusuhan antara masyarakat yang berbeza, dan mengganggu perpaduan sosial dan keharmonian agama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama," tambah kenyataan itu.

Singapura mempunyai 5.5 juta penduduk, yang terdiri daripada etnik Cina, Melayu dan India.

Negara kota di Asia Tenggara itu mempunyai undang-undang ketat yang menghukum sebarang percubaan yang mencuba untuk mengganggu kehamornian agama dalam masyarakat berbilang kaum.

Ratusan ribu penduduk, kebanyakan mereka beragama Hindu, melarikan diri dari Kashmir selepas pemberontakan ganas menentang pemerintahan India tercetus pada 1989.

Penyokong filem berbahasa Hindi berdurasi 170 minit itu berkata ia memberi cahaya terhadap sejarah Kashmir yang sering diabaikan manakala yang lain melihatnya sebagai bukti polarisasi agama yang semakin meningkat akibat dipupuk Modi sejak berkuasa pada 2014.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS