Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas 2 tahun, air mata iringi pertemuan Vicha dengan anak-anak
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 6:08 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Selepas dua tahun tidak pulang ke Indonesia akibat berdepan kekangan penularan Covid-19, pelawak Vicha akhirnya berpeluang memeluk erat tiga anaknya yang datang ke negara ini untuk menyambut Aidilfitri.

Melalui perkongsian di media sosial hari ini, Vicha memuat naik sebuah klip video pendek memaparkan momen sebak dia bertemu anak-anaknya.

“Anak-anak saya datang dari Indonesia, mereka mahu beraya di Malaysia. 

“Akhirnya perjalanan yang cukup panjang buat saya selepas beberapa tahun tidak bertemu anak-anak. 

“Alhamdulillah kali ni, rezeki dan izin dari Allah akhirnya saya boleh beraya bersama mereka di Malaysia,” katanya.

Dalam wawancara bersama media sebelum ini, Vicha memaklumkan kali terakhir dia bertemu anak-anaknya adalah dua tahun lalu iaitu sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. 

Vicha mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Aurel Angelina Khezy, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Mereka tinggal bersama keluarga Vicha di Bandung, Indonesia.

Pada Ogos 2018, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman menamatkan zaman jandanya dengan menikahi lelaki Nigeria bernama Johnson. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide.

Vicha juga sebelum ini memberitahu perancangan membawa tiga orang anaknya untuk terus menetap di negara ini masih lagi dalam proses pengurusan dokumen.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS