Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Saksi perbicaraan kes Da'i Syed tak muncul
Diterbitkan:  Apr 20, 2022 4:54 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Perbicaraan membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful ditangguhkan ke Mei depan selepas mangsa tidak hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi memberi keterangan hari ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk perbicaraan hari pertama dengan seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun dijadual memberi keterangan.

Syed Shah Iqmal berdepan pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Pada prosiding di hadapan hakim Jamaludin Mat, timbalan pendakwa raya Norhashimah Hashim memohon agar tarikh bicara sebanyak lapan hari pada April dilapangkan dan ditetapkan bicara pada 17 Mei.

Sementara itu, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal atau dikenali sebagai Da’i Syed berkata, berhubung permohonan pihak pendakwaan, pihaknya berharap tiada sebarang hak diprejudiskan terhadap anak guamnya.

“Kami juga tidak membantah sekiranya prosiding dilapangkan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita.

Wanita itu ketika kejadian berusia 22 tahun. Perbuatan terbabit dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Okt 2020.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS