Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Finas: Lesen penerbitan boleh dibatal jika siar babak tak bermoral
Diterbitkan:  Mar 24, 2022 6:02 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata pihaknya berhak membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kejujuran, penipuan atau tidak

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Md Nasir Ibrahim berkata, badna itu memandang serius tindakan pelakon Zull Ariffin memuat naik video di media sosial yang memaparkan babak lakonannya dalam drama Perempuan Itu.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara ini bukan di bawah kuasa Finas.

“Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesan penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2)” ujarnya dalam kenyataan.

Pada 18 Mac lalu, aktor itu memuat naik klip video aksi ghairah di akaun Instagram miliknya hingga mengundang perhatian ramai termasuk Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa.

Zul dan penerbit drama tersebut iaitu Erma Fatima telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan.

Erma hadir memberi keterangan pada 22 Mac lalu turut membawa skrip asal sebagai bukti jalan cerita sebenar drama tersebut.

Nasir pada masa sama berkata, sebarang penggambaran adegan keterlaluan tidak sewajarnya berlaku.

“Sebagai badan peneraju industri perfileman negara, Finas menyeru agar penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya mereka.

“Video adegan keterlaluan dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan di saluran televisyen swasta tersebut dilihat sebagai tidak sensitif terhadap budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat negara ini,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS