Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jit Murad meninggal dunia
Diterbitkan:  Feb 12, 2022 6:26 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad atau nama penuhnya Aziz Mirzan dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Penggiat teater veteran, Jo Kukathas mengesahkan berita kematian Jit kepada portal berita berbahasa Inggeris, The Star.

Setakat berita ini ditulis, punca kematian allahyarham masih belum diketahui.

Jit merupakan anak kepada bekas ketua pengarah Pendidikan, Allahyarham Murad Mohamed dan memulakan kerjayanya dalam bidang perfileman, televisyen dan teater pada 1987.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Jit juga adalah abang kepada penerbit filem dan pelakon Na'a Murad.

Jit membuat penampilan sulungnya di layar perak pada tahun 1990 menerusi filem Mat Gelap.

Filem terakhir yang dibintanginya adalah Talentime yang diarahkan pengarah terkenal Yasmin Ahmad.

Antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintangi oleh allahyarham termasuk “Spilt Gravy On Rice” (1995), “The Storyteller” (1996) dan “Gold Rain and Hailstones” (2002).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS